JOM KITA JUMPA LAGI SEKALI !!!



Kerajaan Kedah meneruskan agenda tarbiyah ummahnya, memastikan rakyatnya celik agama, berpaut pada pegangan yang benar, seperti yang telah digariskan dalam al-Quran dan as-Sunnah..
Isilah masa lapang dalam program seperti ini dalam cuti sekolah..
pasti akan jumpa kakak-kakak dan abang-abang yang baik-baik,
yang akan membantu dan memberi bimbingan pada adik-adik.


1. Mendaftarkan diri pada 22 NOVEMBER 2010 ( ISNIN ), jam 9.00 pagi.
2. Terbuka kepada peserta berumur 11 – 12 tahun (lahir antara tahun 1998 – 1999 sahaja)
3. Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai sebarang penyakit kronik yang bakal
mengganggu gugat kelancaran sepanjang program.
4. Mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak Sekretariat Kem Anak Soleh
(KAS) dari masa ke semasa.
5. Bekerjasama dan memberi komitmen kepada pihak Kem Anak Soleh dalam
menjayakan misi & visi Pembangunan Insan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
6. Tidak akan menuntut sebarang gantirugi jika berlaku sesuatu yang tidak diingini
sepanjang perjalanan program.
7. Yuran penyertaan adalah RM 20.00 sahaja.
8. Sertakan satu salinan surat beranak @ kad pengenalan peserta dikepilkan bersama
dengan borang penyertaan.
Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran peserta sila hubungi
Sekretariat Kem Anak Soleh (KAS) 2010 ditalian:
019-590 9733 Faks : 04-732 9095
Atau Layari Blog : kemanaksoleh.blogspot.com
"Anak Soleh Permata Ayah Bonda"
p/s : Hanya peserta yang membayar yuran penyertaan sahaja akan didaftarkan.
Tempat adalah terhad. Siapa cepat dia dapat.
PERATURAN TETAP KEM
1. Bantal, cadar dan selimut.
2. Keperluan mandi seperti berus gigi, sabun dan ubat gigi.
3. Pakaian sukan seperti Track Shuit, T-Shirt dan kasut sukan.
4. Pakaian Solat.
5. Pakaian Kuliah seperti berikut:

Peserta perempuan : Baju kurung.
Peserta lelaki : T-shirt berkolar.

6. Barang keperluan peribadi peserta yang mempunyai masalah kesihatan (ubat).
7. Peralatan tulis menulis.
8. Pendaftaran hanya terbuka kepada peserta yang berumur 11-12 tahun yang lahir
pada tahun 1998-1999 sahaja.

ØBorang pendaftaran hendaklah diambil di sekolah berhampiran yang
diadakan Kem Anak Soleh seperti di bawah:
ØBorang pendaftaran hendaklah diserahkan segera ke pejabat sekolah
berkenaan beserta yuran penyertaan dan satu salinan surat beranak @ kad
pengenalan.
ØTempat adalah terhad. Daftar segera bagi menggelakkan tempat anda
tercicir. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian di bawah:
Kem Anak Soleh: 019-5909733 Faks: 04-732 9095
Email: kemanaksoleh.kedah@gmail.com
Layari blog: kemanaksoleh-kedah.blogspot.com


PILIHAN TEMPAT PROGRAM
Maklumat lanjut dan untuk dapatkan borang penyertaan sila hubungi:
Sek. Ren. Islam Darul Aman (SRIDA), Alor Setar - Tel: 04-772 1913
Sek. Men. Agama Zubaidiyah, Merbok - Tel: 04-457 2486
Sek. Ren. Integrasi Faizin (SAIF), Guar Chempedak - Tel: 04-461 9636
Sek. Men. Baqiyatus-Solehat, Langkawi - Tel: 04-953 3344

Kepada sahabat-sahabat, cadangkan pada ibu bapa anda untuk memastikan adik anda tidak terlepas dari menyertai program seperti ini..

Dimana Kita?


Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke K.Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan tu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul di hadapan.

"Abg nak beli kuih?" Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaannya.

"Tak apalah dik... abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, dia meletakkan bakulnya yang masih sarat.

Setiap yang lalu ditanya... " Nak tak beli kuih saya bang.. Pak cik... kakak atau makcik." Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abg dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

" Ambil ni dik! Abang sedekah... tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.
"Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abg nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang.....! Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya ke dalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.

Dalam perjalanan ke K.Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkannya?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!!!

Kenapa Jadi Begini?

Gambar ini khabarnya adalah dr Pameran Seni yang diadakan di Sepanyol tetapi ana tak tahu bila ia diadakan dan x berapa pasti sangat bila kejadiannya.. (Mungkin ada yang boleh bantu ana)..


Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud : "Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?" Sabda Baginda SAW : "Bahkan masa itu mereka (umat Islam) lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."



Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?" Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?" Rasulullah SAW bersabda : "Cintakan dunia dan takut akan kematian."..


-Bila kita lihat gambar diatas, terasa sungguh biadap kelakuan tersebut, sebagai umat Islam mesti ada rasa kemarahan, geram sebab mempermain2kan mempersenda2kan Islam..

~P/S : Harap sahabat2 dapat kawal perasaan keadaan, perindahkan intonasi bahasa & tiada unsur lain yg dapat mengundang disini..InsyaAllah dapat sama2 kita kongsikan ilmu demi Islam..

CiptaanNya



Wahai manusia! jadilah kita seperti air yang mengalir,setiap kali terhalang oleh batu besar,reba atau tanah runtuh, air itu tetap akan mencari jalan untuk terus mengalir mencari muaranya. Jadi, biar apa pun dugaan yang mendatang kepada kita, kita harus cuba mengatasinya untuk kita akan jadi lebih matang dan bersifat keterbukaan. Begitu juga dengan arus pendakwah masa kini, jangan takut jangan gentar, teruskan perjuangan kita, yakni menegakkan syariat Islam dan menggagalkan kemungkaran.

MANTAP IMAN UMMAH CEMERLANG

Iman adalah nikmat yang paling berharga kurniaan Allah SWT dan menjadi penentu kebahagiaan hidup di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Tanpa iman segala amalan kita semasa di dunia menjadi sia-sia dan berakhir dengan balasan seksa. Oleh kerana pentingnya iman dalam diri umat Islam, maka Allah SWT menurunkan wahyu kepada Nabi SAW di Mekah selama 13 tahun yang menyentuh persoalan iman sebagaimana yang termaktub di dalam al-Qur'an.

Namun kini, umat Islam semakin terhimpit dengan permasalahan iman dan paling besar ialah ancaman terhadap akidah mereka. Apa yang menyedihkan kita ialah kes murtad, maksiat dan lain-lain kes kekufuran terus berulang dan berterusan. Persoalan besar timbul ialah apakah yang menyebabkan gejala negatif seumpama ini terus berlaku?. Kita jangan lupa bahawa syaitan dan sekutunya telah berjanji kepada Allah SWT untuk terus menyesatkan orang yang beriman.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat 119:
Maksudnya: "Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan menyuruh mereka membelah telinga binatang ternak; dan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang dita'ati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata".

Akhbar atau media pernah melaporkan bahawa terdapat remaja Islam bertudung terlibat dengan seks bebas dan menjadi ahli kumpulan nyanyian di rumah ibadat bukan Islam. Semua ini jelas memperlihatkan betapa akidah umat hari ini semakin rosak akibat ceteknya pengetahuan agama dan kerapuhan benteng iman. Apa yang sangat mendukacitakan kita lagi ialah keterlibatan segelintir masyarakat dalam sambutan sempena Hari Kekasih atau Valentine's Day yang berlaku sejak sekian lama. Ini adalah sebahagian contoh yang amat membimbangkan kita kerana ia meyimpang dari ajaran Islam dan melahirkan lebih banyak gejala sosial seperti perzinaan, rogol dan sebagainya.

Mimbar ingin menegaskan bahawa sambutan Hari Kekasih bagi orang Islam adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan telah difatwakan haram oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-71 yang diadakan pada 22-24 November 2005. Ini samalah dengan kedudukan pengharaman senaman Yoga yang dibuat akhir tahun lalu. Apa yang nyata, sambutan Hari Kekasih ini bukan amalan yang disuruh oleh Nabi SAW, para sahabat, tabiin atau golongan solihin.


Umat Islam perlu sensitif dan bertindak bijak dalam menangani tindakan segelintir masyarakat kita yang menjadikan hukum Allah SWT sebagai bahan provokasi atau bahan eksploitasi di pentas syarahan dan dada-dada media untuk mendapat keuntungan dunia. Sebagai mukmin, kita bertanggungjawab memelihara, mempromosi dan mempertahankan setiap inci ajaran agama suci ini. Perlu disedari bahawa sikap tidak peduli umat Islam bukan sahaja akan merosakan diri sendiri, malah dari segi dakwah khususnya amat merugikan Islam.

Islam sangat mengambilberat dalam memperbetulkan pegangan akidah umatnya supaya pandangan dan sikap mereka menjadi lurus dan tasawwur mereka tentang sesuatu perkara menjadi jelas. Jangan kita mengikut contoh umat jahiliyah dahulu yang menganggap bahawa iman sekadar mengumumkan identiti diri dan melahirkan perbuatan baik sahaja sedangkan hakikat iman ialah paduan antara keyakinan dihati tentang dasar-dasar akidah dengan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan tegahan-Nya. Ini bermakna kepercayaan tanpa diikuti dengan amal ibadah, atau tanpa meninggalkan maksiat, maka belum dikira sempurna iman.

Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 15:
Maksudnya: " Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman ialah orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang yang benar.".

Ayat ini mengisyaratkan bahawa kualiti iman boleh diukur dan dinilai melalui amalan seharian. Banyak dan berkualitinya amal soleh seseorang itu, maka tinggilah kualiti iman yang dimiliki dan begitulah sebaliknya. Oleh itu, iman yang sebenar adalah merupakan penjana kekuatan dan kecemerlangan ummah.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang di antara umatnya, tetapi hendaklah melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak. Cinta yang utama adalah hanya kepada Allah SWT, rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya. Cinta berlandaskan iman akan melahirkan cahaya keinsafan kepada hakikat diri dan pencipta-Nya sehingga sanggup berkorban dan mampu menundukkan hawa nafsu jahat.

Oleh yang demikian, mimbar menyeru semua pihak, marilah sama-sama kita memperkasakan akidah kita, keluarga dan masyarakat kita demi masa depan agama, ummah dan negara dengan langkah berikut:

Pertama: ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak dididik dengan akidah yang benar dan dihayati;
Kedua: umat Islam khususnya remaja dilarang meniru amalan atau budaya kaum musyrik;
Ketiga: menanam rasa cinta dan kasih sayang kepada Allah SWT dan rasul-Nya;
Keempat: menjauhi aktiviti bergaul bebas dengan pasangan yang bukan mahram dalam menyambut majlis tertentu; dan
Kelima: meninggalkan sambutan atau perayaan yang tiada dalam syariat Islam.

Firman Allah SWT dalam surah al-A'raf ayat 96:

Maksudnya: "Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan."