Pesanan untuk diri sendiri.

Assalamualaikum...sahabat-sahabatKu sekalian, marilah sama-sama kita berganding bahu memartabatkan agama Islam. AD-DIN AN-NASIHAH
Daripada Tamim bin ‘Aus ad-Dari r.a., bahawa Nabi SAW bersabda: mafhumnya:
“Din itu adalah nasihah (diulang tiga kali).” Kami (sahabat-sahabat) bertanya, “Untuk siapa, wahai Rasulullah?”. Jawab Baginda, “Untuk Allah ‘Azza Wa Jalla, untuk kitab-Nya, untuk Rasul-Nya SAW, untuk barisan kepimpinan ummah Islam dan untuk ummah Islam seluruhnya.” (Hadith Riwayat Muslim)
Kepentingannya
Hadith ini mempunyai kedudukan yang amat tinggi sehingga Abu Daud telah menjelaskan dengan katanya, “Ilmu Fiqh bersekitar atas lima hadith, iaitu:
1. hadith: “Perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu jelas...”,
2. hadith: “Tiada kemudharatan dan tiada sesuatu yang boleh memudharatkan.”,
3. hadith: “Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat...”,
4. hadith: “Apa yang aku larangkan terhadap kamu daripada melakukannya maka jauhkanlah.”,
5. hadith: “Apa yang diperintahkan terhadap kamu melakukannya maka lakukannya sedaya upaya kamu.”.

Mengikut Imam al-Hafiz Abu Naim bin Abdullah bin al-Asbahi, seorang muhaddith dan sejarawan, menyatakan: “Bagi hadith ini suatu kedudukan yang begitu besar.” Sementara Muhammad bin Aslam at-Tusi pula menekankan dengan katanya: “Bahawasanya salah satu daripada seperempat mengenai ad-Din.”
Sesungguhnya penekanan yang diulang-ulangkan oleh Rasulullah SAW pada perkataan an-Nasihah sebanyak tiga kali menunjukkan an-Nasihah amat penting dalam Islam. Ia dianggap jauhar (intisari) ad-Din.
Kalimah an-Nasihah
An-Nasihah dari segi bahasa membawa erti suci murni, manakala dari segi istilah pula diikatkan dengan dua keadaan: Pertama: bila dihubungkan dengan Allah SWT, maka ia bererti keikhlasan semata-mata. Kedua: bila dihubungkan sesama manusia, maka ia bererti kalimah yang membawa tujuan kebaikan kepada seseorang yang dimaksudkan oleh kalimah itu.
Para sahabah r.a. telah bertanyakan Rasulullah SAW tentang bentuk-bentuk an-Nasihah. Kemudian baginda menjawab dengan sabdanya, “... An-Nasihah untuk Allah, Kitab-Nya (al-Quran), Rasul-Nya barisan kepimpinan ummah Islamiyyah dan untuk ummah Islam seluruhnya.”
Huraian Hadith
a. An-Nasihah Li Allah
An-Nasihah Li Allah membawa maksud keikhlasan yang yakin, bersungguh-sungguh dan semata-mata untuk Allah SWT dalam rangka menerima segala kewajipan yang ditentukan-Nya. Kewajipan-kewajipan itu hendaklah dilaksanakan dengan sebaik-baiknya
hingga dapat merasai kelazatannya. Keikhlasan yang tinggi tidak akan tercapai jika segala kewajipan yang dipertanggungjawabkan tidak dilakukan melalui proses tarbiyyah yang melahirkan kesungguhan, keyakinan dan ihsan.
Sifat ihsan itu tergambar apabila seseorang yang beribadah bersungguh-sungguh, yakin dan bermuraqabah Allah SWT.
Jalan untuk mencapai tahap ihsan ialah dengan melalui proses kefahaman yang syumul dan mendalam. Juga beriltizam dengan pembentukan yang menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT dengan penuh keinsafan dan keikhlasan. Lebih tinggi lagi, menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang dimakruhkan sekaligus menunaikan segala perkara yang difardhu atau diwajibkan. Lebih tinggi daripada itu, melakukan amalan-amalan yang membawa taqarrub kepada Allah SWT iaitu amalan-amalan an-Nawafil (sunat).
Inilah jalan tarbiyyah dan pembentukan. Jalan untuk melahirkan al-Muslim al-Rabbani al-Multazim. Inilah jalan penting harakah Islamiyyah yang inginkan keredhaan Allah SWT.
Amalan ikhlas untuk Allah SWT semata-mata akan tercapai dalam bentuknya yang tertinggi apabila seseorang itu berjihad secara ‘azimah. Jihad seperti ini memerlukan kemampuan serta kerelaan hakiki, kesungguhan yang berterusan dan memusatkan segala kepentingan kepada Allah SWT semata-mata.
Para al-Hawariyyun (penyokong) Nabi Isa a.s. telah meminta penjelasan, “Apakah an-Nushu Lillah itu? “. Jawab Isa a.s, “Bahawa kamu utamakan hak Allah SWT daripada hak manusia. Dan sekiranya kamu berhadapan dengan dua keadaan yang jelas, satu untuk Allah SWT dan satu lagi untuk keperluan dunia, maka urusan Allah SWT itulah yang mesti disempurnakan terlebih dahulu.”
Kesimpulan an-Nasihah Li Allah itu ialah i’tiqad yang sejahtera dalam mentauhidkan Allah SWT. Serentak dengannya ialah mengabdikan diri secara syumul dan penuh jujur.
b. An-Nasihah Li Kitab Allah
An-Nasihah Li Kitab Allah bermaksud menerima Kitab Allah SWT dengan penuh keimanan dan menghayatinya mengikut proses pembentukan secara berperingkat-peringkat. Penghayatan itu mesti dipertahan, dikekalkan, seterusnya dikembangkan kepada manusia lain dengan jihad yang ikhlas.
Penerimaan Kitab Allah SWT mestilah dengan pembacaan yang betul, penelitian yang mendalam, pengamalan kewajipan yang diperintahkan dan penghindaran segala larangannya.
c. An-Nasihah Li Rasulillah
An-Nasihah Li Rasulillah membawa erti beriman dengan kukuh terhadap kebenaran kenabian Rasulullah SAW dan da’wahnya. Keimanan ini mencetuskan kepatuhan terhadap pembawaan dan sunnahnya. Keimanan ini juga mengambil Rasulullah SAW sebagai Qudwah Hasanah sama ada dalam bentuk percakapan mahupun amalan.
Sementara Muhammad bin Aslam at-Tusi pula menekankan dengan katanya: "Bahawasanya salah satu daripada seperempat mengenai ad-Din.”
Sesungguhnya penekanan yang diulang-ulangkan oleh Rasulullah SAW pada perkataan an-Nasihah sebanyak tiga kali menunjukkan an-Nasihah amat penting dalam Islam. Ia dianggap jauhar (intisari) ad-Din.


Kalimah: an-Nasihah
An-Nasihah dari segi bahasa membawa erti suci murni, manakala dari segi istilah pula diikatkan dengan dua keadaan: Pertama: bila dihubungkan dengan Allah SWT, maka ia bererti keikhlasan semata-mata. Kedua: bila dihubungkan sesama manusia, maka ia bererti kalimah yang membawa tujuan kebaikan kepada seseorang yang dimaksudkan oleh kalimah itu.
Para sahabah r.a. telah bertanyakan Rasulullah SAW tentang bentuk-bentuk an-Nasihah. Kemudian baginda menjawab dengan sabdanya, “... An-Nasihah untuk Allah, Kitab-Nya (al-Quran), Rasul-Nya barisan kepimpinan Ummah Islamiyyah dan untuk ummah Islam seluruhnya.”
Sifat ihsan itu tergambar apabila seseorang yang beribadah bersungguh-sungguh, yakin dan bermuraqabah Allah SWT.
Jalan untuk mencapai tahap ihsan ialah dengan melalui proses kefahaman yang syumul dan mendalam. Juga beriltizam dengan pembentukan dan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT dengan penuh keinsafan dan keikhlasan. Lebih tinggi lagi, menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang dimakruhkan sekaligus menunaikan segala perkara yang diperintahkan.
An-Nasihah Li Aimmah al-Muslimin Wa Wulatihim
An-Nasihah Li Aimmah al-Muslimin Wa Wulatihim membawa erti An-Nasihah untuk barisan kepimpinan umat Islam dan untuk siapa sahaja yang dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin.
An-Nasihah kepada mereka juga memberi erti cinta dan kasih kepada mereka, memperingatkan mereka supaya sentiasa berada dalam tausih dan musyawarah dan membantu mereka dalam islah dan ketaatan terhadap perkara-perkara hak. Juga memperingatkan mereka daripada sebarang keadaan yang boleh menimbulkan fitnah dan kerosakan yang menggugurkan hak kepatuhan dan wala’.


d. An-Nasihah Li ‘Ammah al-Muslimin
An-Nasihah Li ‘Ammah al-Muslimin membawa maksud pembentukan umat Islam seluruhnya. Juga menunjukkan kepada umat Islam jalan kesejahteraan sebenar untuk dilalui dan kekal di atasnya. Di samping itu ia memberikan penjelasan dan peringatan akan jalan-jalan kerosakan agar mereka menghindarinya.
Pembentukan ukhuwwah tercapai dengan cara mengasihi mereka seperti mana kita mengasihi diri sendiri. Seterusnya membenci terhadap perkara-perkara yang boleh menyesatkan mereka.
Umat Islam adalah satu jamaah di bawah lindungan kesatuan ‘aqidah dan kesatuan matlamat. Daripada hakikat ini memancar syari’at Allah SWT dan akhlak al-Quran yang tunggal lagi qudus.
Beberapa perkara penting
1. Jihad adalah bukti kewujudan an-Nasihah untuk Allah SWT dan Rasulullah SAW. Ketiadaan jihad tanpa uzur syar’i adalah bukti ketiadaan an-Nasihah untuk Allah SWT dan Rasulullah SAW. Firman Allah SWT:

“Tiada dosa (lantaran tidak berjihad) ke atas orang-orang yang lemah, orang-orang yang sakit dan orang-orang yang tidak memperolehi apa yang mereka nafkahkan, apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan Rasul-Nya. Tiada sebarang jalan sedikitpun untuk menyalahkan orang-orang yang berbuat baik dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (at-Taubah: ayat 91)
Orang berkeuzuran syar’ie yang terhalang untuk keluar berjihad tidaklah berdosa selagi mana dia benar-benar ikhlas kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Jika dia membawa sifat-sifat munafiq dan berpura-pura uzur untuk berpaling daripada jihad, bermakna dia melakukan pendustaan dan tipu helah terhadap orang-orang Islam. Jelaslah dia tidak berjihad dan tidak jujur.
2. An-Nasihah untuk barisan pemimpin, pada pandangan Islam, adalah sangat penting. Rasulullah SAW bersabda (yang bermafhum):
“Sesungguhnya Allah meredhai kamu dalam tiga keadaan: yang menyembah-Nya dan tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu, yang berpegang dengan tali-Nya sepenuhnya dan tidak berpecah-belah, dan yang nasihat-menasihati wali-wali Allah dan pemerintahnya.”
“Tiga golongan yang tidak digelincirkan atas mereka: hati muslim yang mengikhlaskan amalan kepada Allah, nasihat-menasihati pemerintah-pemerintah dan sentiasa berada dalam jamaah umat Islam.”
3. Rasulullah SAW menjelaskan (yang bermafhum):
“Sesiapa yang tidak mengambil berat dengan urusan yang berkaitan umat Islam maka dia bukanlah daripada kalangan mereka.”
4. Dalam konteks Tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah, ad-Din an-Nasihah ialah berusaha melahirkan kumpulan Muslim Mu’min Muttaqi ‘Amil atau al-Jil ar-Rabbani al-Multazim atau Jil al-Quran.

Hikmah Perlaksanaan Hukum Hudud

HIKMAH PERLAKSANAAN HUDUD

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)

PANDANGAN ULAMA TAFSIR

Hukuman keatas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah disebat dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman keatas perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman keatas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan oleh golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan keatasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya berlaku keatas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.

Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:

“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengajacdan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam”

Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan ketika hendak melakukan hukuman keatas penzina kerana ini adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah juga tidak boleh merosakkan hudud Allah yang telah ditetapkan dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada apa yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah radhiAllahu anha:

“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah bt Muhammad mencuri Sesungguhnya aku akan potong tanganya”

Maka dirikanlah hudud keatas orang-orang yang melakukan perbuatan zina dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang menyakitkan untuk memberikan pengajaran keatas mereka jika kamu beriman dengan Allah SWT dan hari Akhirat.

Dan dirikanlah hudud secara terang-terangan dihadapan sekumpulan daripada orang-orang Islam tambahan balasan bagi orang yang berzina.Sesungguhny a penzina-penzina itu apabila disebat di hadapan orang ramai akan memberi kesan yang lebih untuk mencegah mereka daripada melakukan perbuatan itu lagi. Telah berkata Qatadah:

"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran".

Kes-Kes zina ini disabitkan dengan salah satu daripada perkara berikut :

1- Iqrar atau pengakuan : Ini selalunya berlaku ketika pemerintahan Islam Keterangan atau penyaksian: Iaitu penyaksian 4 orang saksi lelaki yang merdeka, adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata mereka sendiri. Ini sangat jarang berlaku dan tidak terhasil kecuali sedikit.
2- Mempunyai hubungan dengan perempuan yang tidak mempunyai suami yang boleh dikenali baginya.

PERBAHASAN
Apabila Allah menjadikan manusia Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukumkan dengan hukum hudud antaranya hukum bagi mereka yang melakukan penzinaan.Apabila sabit dua kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan kesalahan itu ;
1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin
2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin

Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?
Sepintas lalu, Ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi penzina jenis adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan. Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.
Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.

HIKMAH DISEBALIK PERLAKSANAAN HUDUD

Buat penzina yang belum berkahwin.mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya, T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.
Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilanan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.Cara terbaik adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.
Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin .apabila dihinggapi virus AIDS,sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

IMUNITI DAN HIKMAH PELAKSANAAN HUDUD

Sistem imuniti badan manusia adalah menepati sistem pentadbiran dan pertahanan sesebuah negara Islam.Di dalam badan manusia terdapat berjuta-juta sel yang terdiri kebanyakanya daripada protein. Begitu juga keadaanya antibodi yang terdiri 100% daripada protein. Salah satu keistimewaan bagi haiwan vertebrata ialah keupayaan antibodinya mengenali kandungan asal badan (yang di panggil sel asal)dan benda-benda yang datang dari luar.. Tindakbalas imuniti adalah merangkumi kesemua aktiviti yang pada akhirnya menghasilkan penghapusan bahan-bahan luar (foreign materials) samaada melalui proses kecederaan atau tidak .Tindakbalas imun adalah merangkumi dua fenomena yang asas:
1.Tindakbalas humoral (tindakan antibody)
2.Tindakbalas pembaikan sel
Toleran (ketiadaan tindakbalas imun) adalah juga salah satu daripada mekanisme tindakbalas imun yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan yang memelihara tindakbalas imun terhadap sel sendiri.. Dalam banyak hal, mekanisme pertahanan badan (tindak balas imun) adalah seolah–olah sebuah sistem pengawalan (undang-undang hudud) yang di wujudkan bagi tujuan pengawalan.Sistem ini akan dapat mengenali antara orang asing dan penduduk tetap sebuah negeri. Orang asing yang di anggap mengancam keselamatan akan dihapuskan dengan di hukum dan penduduk asal negeri tersebut yang baik akan di tolerankan. Maka yang menyeleweng di kalangan penduduk asal negeri itu juga turut dihapuskan bagi tujuan keselamatan dan sistem sosial yang teratur itu.
Masyarakat yang tidak mempunyai undang-undang hudud yang telah di tentukan oleh Allah itu adalah seolah-olah masyarakat yang sedang dilanda AIDS dimana kesemua unsur asing budaya dan kehidupan yang boleh membahayakan manusia dan boleh memusnahkan kehidupan manusia dibolehkan masuk seluas-luasnya tanpa sebarang pengawasan.Sesunggu hnya Allah Maha Mengetahui tentang segala-gala keperluan biologis, psikologi dan mental manusia. Adalah menjadi satu perkara yang boleh merosakan manusia apabila manusia cuba menentukan haluan mereka sendiri yang mereka sendiri tidak faham dan tidak tahu. Sedangkan Allah ,Tuhan yang menjadikan dan menciptakan yang paling arif dan tahu tentang keperluan-keperluan manusia serta sistem pengawalanan yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah perhambaan nafsu yang boleh memusnahkan manusia itu sendiri.

HIKMAH MANDI WAJIB

Adalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma ini akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin dengan isteri @ suami. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa mandi junub.
Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketika daya tahan badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai cara pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria tadi. Keluar berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan berjunub adalah makruh.Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang diciptakannya ini telah menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali datang haid nifas dan bersetubuh.
Ia adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian diri.Apabila bakteria tadi terkena atau dikenakan padanya air yang dapat menghilangkanya dari badan ,ia akan mati dan tidak dapat menjangkiti orang lain. Maka terselamatlah manusia daripada jangkitan dan wabak penyakit sekaligus dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.

TAYAMMUM PENGGANTI MANDI JUNUB

Kenapakah tayammum dapat menggantikan mandi junub dan wudu’( dua jenis penyucian diri dalam Islam ) dalam keadaan air di tempat yang kering-kontang? Bakteria apabila terkena air akan mati disebabkan tekanan osmosis di dalam badannya sehingga air boleh menyerap masuk ke dalam badan dan akhirnya ia mati kerana mengalami overhydration. Begitu juga halnya apabila bakteria tadi didedahkan kepada keadaan yang terlalu kering dan kontang seperti apabila dikenakan padanya debu..Ia akan mati setelah air badannya keluar kerana tekanan osmosis lebih rendah daripada tekanan osmosis di luar badan menyebabkanya mati kerana air badan keluar dan kerana kekontangan fisiologi badan. - MANHAL

10 WASIAT IMAM HASAN AL-BANNA


1. Bangunlah segera untuk melakukan shalat apabila mendengar Adzan walau bagaimana pun keadaannya.

2. Baca, telaah, dan dengarkanlah Al-Qur'an atau dzikirlah kepada Allah dan jangan engkau senang menghambur-hamburkan waktumu dalam masalah yang tidak ada manfaatnya.

3. Bersungguh-sungguhlah untuk bisa dan berbicara dalam bahasa Arab dengan fasih.

4. Jangan memperbanyak perdebatan dalam berbagai bidang pembicaraan sebab hal ini semata-mata tidak akan mendatangkan kebaikan.

5. Jangan banyak tertawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (dzikir) adalah tenang dan tentram.

6. Jangan bergurau, karena ummat yang berjihad tidak berbuat kecuali dengan bersungguh-sungguh terus menerus.

7. Jangan mengeraskan suara diatas suara yang diperlukan pendengar, karena hal ini akan mengganggu dan menyakiti.

8. Jauhilah dari membicarakan kejelekan orang lain atau melukainya dalam bentuk apapun dan janganlah berbicara kecuali yang baik.

9. Berta'aruflah dengan saudaramu yang kalian temui walaupun dia tidak meminta, sebab prinsip dakwah kita adalah cinta dan ta'awun (kerja sama)

10. Pekerjaan Rumah kita sebenarnya lebih bertumpuk dari pada waktu yang tersedia, maka tolonglah selainmu untuk memanfaatkan waktunya dan apabila kalian mempunyai sesuatu keperluan maka sederhanakanlah dan percepatlah untuk diselesaikan.